Ada Apa Dengan Cinta - Jangan Menyerah Ada Apa Dengan Cinta | Gumuksari

Ada Apa Dengan Cinta

Diposkan oleh Gumuksari | 4:28 AM |
Bookmark and Share

cintai sewajarnya saja
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau  mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyadarinya ataupun anda tidak mau menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi
terlalu ‘sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar
untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mau membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya
menyayangi kamu lebih dari pada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi bagian
dari pada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan
terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama
anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri dari padanya karna suatu hari nanti,
kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari
orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah resiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuat anda bahagia, maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan
dia berlalu begitu saja. Jangan menunggu karna takut. Cobalah
dahulu atau anda akan menyesal karna membiarkan ia berlalu begitu
saja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuat anda
benar-benar bahagia.

Ada 2 tetes air mata mengalir di sebuah sungai. Satu tetes air mata
untuk menyapa air mata yang satu lagi,
“Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab tetes air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu
begitu saja.”

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja
membiarkan peluang pergi begitu saja tanpa berusaha untuk
mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak
menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia
pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.

Terdapat banyak bintang-bintang di langit tetapi hanya satu saja yang
begitu bersinar sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari
kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah : sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau dimana saja anda berada.

Ulasan:
Bagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah
orang yang benar-benar anda sayangi.
Bagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya,
fikirkanlah.

Lucunya bila kita meletakkan standart untuk orang yang bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita
sayangi itu terkecuali dari pada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai
atau sayangi karna kita mau yang terbaik untuk diri kita.
Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai
dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu
saja.

Cinta itu membuat anda gembira walaupun ia sering melukai.
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai
anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencinta itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain
ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan bermain mengikuti
hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat
dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan
pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan
ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini “Saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang waktu saja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
mencurahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian
bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan sentiasa coba memenangi
anda selamanya… “

Ulasan: Cinta itu memerlukan waktu untuk disadari kehadirannya.
Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi
pihak satu lagi menyadarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi,
mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda
kecewa dari pada tidak mau mencintai karna takut risiko atau
cobaan yang akan mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencobanya terlebih dahulu;
karna jika anda beruntung, kemenangan itu teramat manis. Tetapi,
jika anda tidak mau/berani mencobanya, anda mungkin akan kehilangan
orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma
kalah jika anda bertahan.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang
anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup
ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa
lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda
karna anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan
hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda karna
akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cobaan paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang
tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih
sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan.
Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup
bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang
paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka karna keikhlasan itu dapat
dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.
Apabila anda bercinta, ia bukan ‘passport’ untuk anda difahami;
tetapi untuk anda memahami. Ia bukan ‘passport’ untuk anda mengambil
itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda
mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda
berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini.
Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda
mencintai.

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel “

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya
untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap
hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih, Maha
Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti
ada balasan dari-Nya… INGATLAH. ..
rumah tangga yang bahagia


Get paid To Promote at any Location

Related Post



>
blogwalking.. Selamat datang di blog saya.